Print

 

KENALI PASANGANMU SEBELUM TERLAMBAT

Oleh: Umar Hayyan

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram" 

- Ar-Rum: 21

 

  1. KITA BERBEZA KERANA ALLAH MAHU BEGITU

Lelaki = Adam 

Dicipta dari tanah. Kuat, logik, pemimpin, pelindung. 

Tugas: Cari nafkah, buat keputusan, jaga keluarga.

Perempuan = Hawa 

Dicipta dari tulang rusuk Adam. Lembut, emosi, kasih, penjaga. 

Tugas: Tenangkan rumah, didik anak, jaga maruah.

Ingat: Tulang rusuk bukan untuk dipatahkan. Tapi untuk dipeluk dan dilindungi.

 

  1. KENAPA BANYAK BERCERAI & BERGADUH?

Kerana kita tak kenal manual dari Pencipta.

-Lelaki marah bila isteri emosional. Padahal Allah cipta dia begitu.

-Perempuan kecewa bila suami keras. Padahal itu sifat pelindung dia.

-Dua-dua lupa - Kita satu pasukan, bukan musuh.

Bila tak faham perbezaan, yang keluar: pukul, maki, hina, cerai.

 

  1. TIGA KUNCI RUMAH TANGGA TAK RUNTUH

I) FAHAM PERANAN

    Suami: Pimpin dengan kasih. "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik pada isterinya" 

    Isteri: Taat dan tenangkan. Syurga isteri ada pada redha suami.

II) HORMATI PERBEZAAN

   Suami isteri bukan lawan, tetapi pasangan yang saling melengkapi.

   Dia pasanganmu yang menjaga maruahmu dan menemanimu dalam  perjalanan menuju reda Allah

III) INGAT ASAL & TUJUAN 

    Kita dari Allah. Untuk Allah. Akan kembali pada Allah. 

    Kahwin bukan untuk bahagia 5 tahun. Tapi untuk ke syurga bersama.

 

PENUTUP

Jangan tunggu dah bercerai baru nak belajar. 

Kenali pasanganmu hari ini. 

Peluk perbezaan. Bukan tentang siapa menang. 

Tapi tentang bagaimana kita ke syurga bersama-sama.

"Ya Allah, satukanlah hati kami. Jadikan rumah kami syurga"

Written by Admin
Category: Penyejuk Jiwa
Hits: 49