NABI ILYAS AS

Nabi Ilyas diutus oleh Allah SWT untuk mengingatkan kaum Bani Israel yang kufur, iaitu penduduk negeri Baalbek,  sebuah daerah di Lubnan.  Mereka menyembah berhala bernama Baal.

Nabi Ilyas merupakan keturunan keempat Nabi Harun. Baginda merupakan putera Yasin bin Fanhash bin Aizar bin Harun. Baginda berdakwah agar kaumnya tidak menyembah berhala. Berkali-kali Nabi Ilyas mengingatkan, namun mereka tidak pernah menghiraukannya.

Menyedari kaumnya tidak mematuhi seruannya, Nabi Ilyas meminta agar Allah SWT menurunkan azab-Nya. Maka datanglah bencana kemarau melanda negeri Baalbek. Kisah Nabi Ilyas ini tidak banyak diceritakan dalam al-Quran. Nama Ilyas hanya disebut empat kali, iaitu dalam surah al-An’am ayat 85 serta surah al-Saffat ayat 123, 129 dan 130.

Nabi Ilyas mendapat perintah dari Allah SWT untuk menyedarkan kaum Bani Israel yang suka menyembah berhala Baal. Ilyas mengingatkan kaumnya bahawa berhala yang disembah itu bukan Tuhan yang sebenarnya.

Baginda juga menyeru agar mereka takut kepada Allah SWTyang mencipta alam semesta dan menegaskan bahawa Allah SWT  ialah Tuhan mereka. Namun kaum Bani Israel menganggap seruan Ilyas tersebut bohong.

Kisah Nabi Ilyas yang memperingatkan kaumnya itu terdapat dalam al-Quran surah al-Saffat ayat 124-127.

Baalbek merupakan sebuah kota yang sekarang  berada di dalam negara Lubnan. Pada zaman Nabi Ilyas, kota ini didiami oleh bangsa Phonecia, yang merupakan bangsa pelaut terkenal. Bangsa ini menyembah berhala Baal.

Sehingga sekarang masih ada sebuah bangunan altar bernama Heliopolis yang dipercayai tempat penyembahan Dewa Baal oleh bangsa Phonecia. Nama kota Baalbek sendiri diambil daripada nama Baal, dewa bangsa Phonecia.

Allah SWTmenurunkan azab berupa kemarau panjang selama tiga tahun berturut-turut kerana kaum Nabi Ilyas durhaka. Semua tanaman dan haiwan mati kelaparan. Kaum Nabi Ilyas akhirnya menyedari kesalahan mereka. Mereka bersedia meninggalkan berhala dan berjanji tidak menyembahnya lagi.

Nabi Ilyas memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan. Namun setelah menikmati kemakmuran hidup, kaum Nabi Ilyas kembali ingkar. Apabila mengetahui kekufuran kaumnya, Nabi Ilyas pun berdoa agar Allah SWT menarik kembali nikmat yang telah diberikan kepada kaumnya dan mereka sekali lagi ditimpa bencana yang lebih dahsyat daripada bencana sebelumnya.

Nabi Ilyas mempunyai seorang anak angkat bernama Ilyasa’. Baginda sering menemani Nabi Ilyas dalam melaksanakan tugasnya berdakwah, terutama ketika usia Nabi Ilyas sudah meningkat tua.

Setelah Nabi Ilyas meninggal dunia, Allah SWT mengutus Nabi Ilyasa’ untuk meneruskan tugas ayahnya berdakwah kepada kaumnya yang angkuh itu.

Catatan: Ibnu Fattah

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com