ANTARA KOMEDI DAN ‘TRAGIC COMEDY’ (III)

Berdasarkan fakta sejarah, usaha menghancrukan Islam bermula dengan keenggan iblis untuk mentaati suruhan Allah SWT. Iblis atau syaitan itu merasakan dirinya adalah lebih mulia daripada manusia, kerana dicipta daripada api manakalan manusia adalah dari tanah.

Allah SWT kemudian ‘merestui’ permintaan iblis, yakni akan berusaha sekuat tenaganya untuk menggoda manusia dan kerana itulah al-Qur’an sangat menekankan bahawa setiap manusia agar mampu menepis apa sahaja bentuk dan serangan iblis, kerana iblis berhasrat untuk menghancurkan setiap inci kehidupan manusia daripada keyakinan (tauhid) hinggalah kepada adab bersosial dan bernegara (mualamat).

Selain iblis, Islam juga berhadapan dengan serangan-serangan daripada kaum kafir (bukan Islam) kerana cemburu mengenai asas akhlak yang cuba dibudibudayakan dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja akan mencabar tradisi dan pemikiran bukan Islam, bahkan nilai- nilai yang bersifat keduniaan dan pesonanya akan hancur, manakala manusia akan hidup dalam situasi sederhana, menyedari hakikat dan fitrah untuk apa dirinya diciptakan oleh Allah SWT daripada ‘setitik air mani’ dan kemudiannya ditiupkan roh ke atasnya.

Manusia digambarkan sebagai makhluk terbaik, paling sempurna penciptaannya kerana dilengkapkan dengan akal, manakala kaedah menjalani hidup diberikan panduan menerusi ajaran-ajaran agama yang turun sebagai kitab suci (berasaskan wahyu).

Hanya tiga agama yang dianggap bersumberkan wahyu, iaitu Islam, Yahudi dan Kristian, yang pernah digelar sebagai ahli kitab – Taurat (Nabi Musa AS), Zabur (Nabi Daud AS), Injil (Nabi Isa AS) dan Al-Qur’an (Nabi Muhammad SAW) – manakala ‘kitab-kitab suci’ selebihnya, bukan berasal daripada wahyu (Kalimat Tuhan). Antara empat kitab suci tersebut, hanya al-Qur’an yang sentiasa dipelihara dan dijauhkan daripada pelbagai percubaan untuk memesongkannya. Kita Injil sudah berubah menjadi Bible, dan terdapat dua versi yang kadangkala saling bercanggah, iaitu Old Testament dan New Testatement.

Antara empat kitab suci itu, hanya al-Qur’an dibaca dan diamalkan secara meluas dalam kalangan penganut Islam kerana sebahagian daripada ayat-ayatnya merupakan bacaan wajib dalam ibadat. Ia berbeza dengan penganut agama lain, upacara beribadat bukan merupakan amalan seharian, ia berbentuk mingguan di mana dalam sehari (beberapa jam) digalakkan ke gereja atau pada masa-masa tertentu.

Islam sentiasa menggalakkan umatnya ke masjid, sekurang-kurangnya untuk sembahyang berjemaah Maghrib, Isyak ataupun Subuh. Tetapi, tidak bermakna tidak ada ibadat bila tidak ke masjid. Umat Islam wajib bersembahyang lima waktu dalam tempoh 24 jam, dan membaca sekurang-kurang 17 kali surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah dikategorikan sebagai ummul al-Qur’an, tujuh ayat tersebut membawa maksud keseluruhan ayat-ayat al-Qur’an yang berjumlah lebih 6,000 ayat dalam 30 juzuk.

Terdapat perbezaan kiraan jumlah keseluruhan ayat al-Qur’an: Al-Madanî al-Awwal menyebutkan sebanyak 6217 atau 6214 ayat; Al-Madanî al-Akhîr menyebutkan sebanyak 6214 ayat; Ahl Mekkah menyebutkan angka 6210 ayat; Ahl Bashrah menghitungnya sebanyak 6204 ayat; Ahl Damaskus berpendapat sebanyak 6227 atau 6226 ayat; al-Humushi berpendapat sebanyak 6232 ayat; ahl Kufah menyebutkan sebanyak 6236 ayat. Ada juga yang mengatakan jumlah keseluruhan ayat al-Qur’an ialah 6,666 ayat.

Menurut Abu Wahbah az-az-Zuhli, at-Tafsir al-Munir fil-‘Aqidah wasy-Syari’ah wal- Manhaj, jilid 1 hlm 43, jumlah itu berdasarkan ‘perkiraan’ berdasarkan sembilan tema: ayat- ayat perintah (1000), ayat-ayat larangan (1000); ayat-ayat janji (1000); ayat-ayat ancaman (1000); kisah dan khabar (1000); ibrah dan tamsil (1000); halal dan haram (500); doa (100); dan nasih dan mansuhk (66). (Rujuk: https://kalam.sindonews.com/read/653137/69/jumlah- 6666-ayat-al-quran-itu-dari-mana-rujukannya-1641830476)

Selepas berkembangnya faham ilmiah dan kecemburuan masyarakat barat terhadap peradaban Islam, mereka mula belajar tradisi ilmu-ilmu yang berkembang pada zaman Abad Pertengahan daripada institusi pendidikan Islam (Andalusia, Baghdad, Maghribi dan Mesir). Ia kemudiannya membawa kepada penterjemahan karya-karya yang berbahasa Arab dan Parsi ke dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa Eropah yang lain (Inggeris, Jerman, Perancis dan Sepanyol).

Ia kemudiannya memunculkan suatu kelompok dalam kalangan ilmuan barat untuk mengkaji dan menggunakan keilmuan Islam bagi tujuan membina tradisi keilmuan ilmiah barat. Kelompok ini dikenali sebagai orientalis.

Teori-teori yang mereka bina dan kembangkan tidak mendekatkan manusia dengan Tuhan, sebaliknya membuka kepada ruang perdebatan berasaskan pandangan rasional atau kerangka teori semata-mata. Hal ini telah menyebabkan ramai di antara pelajar-pelajar Muslim terpengaruh sehingga sebahagian daripada mereka kembali ke leluluhurnya mengembangkan apa yang mereka peroleh di barat.

Biarpun sebahagian daripada mereka mempunyai asas pendidikan Islam yang kuat (pernah belajar di pondok, pesantrean, madrasah dan institusi pendidikan Islam), pola pemikiran mereka turut berubah apabila melihat kerangka ilmiah barat lebih relevan dengan keperluan teori ilmu dan syarat ilmiah semasa.

Mereka ‘hanyut’ dan tidak mampu mempertahankan keilmiahan tradisi keilmuan Islam sebagaimana berjaya dilakukan oleh al-Ghazali, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Hamka, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Yusud al-Qaradhawi.

Sebab itulah ilmu-ilmu Islam semakin berkerangkakan nilai ilmiah barat sehingga ada di antara sarjana Islam sendiri mendesak agar al-Qur’an digantikan atau ditulis semula. Alasannya ialah kerana al-Qur’an itu diturunkan pada zaman Mesopotamia. (Rujuk: Bayan Linnas Siri ke-112, “Pandangan Terhadap Kenyataan Dr Mun’im Sirry Dalam Simposium Kesederhanaan Dalam al-Qur’an: Antara Dua Titik Ekstrem, https://muftiwp.gov.my/index.php).

Sebelum itu, di Mesir pernah berlaku tindakan ‘mengkafirkan dan membubarkan perkahwinan Nasr Hamid Abu Zayd dan isterinya, professor Dr. Ibtihal Younis ekoran kontroversi buku Mafhum al-Nass: Dirasah fi 'ulum al-Qur’an, pada tahun 1995.

Nasr kemudiannya melarikan diri ke Sepanyol (23 Julai 1995) dan kemudian diterima sebagai Profesor Pelawat di Universiti Leiden, Netherlands. (Nasr Hamid Abu Zayd dan Ester R Nelson, Suara Orang Buangan:Renungan-Renungan Tentang Islam, edisi terjemahan oleh Ammar Ghazali dan al-Mustaqeem Mahmood Radhi, Kuala Lumpur: Middle-Eastern Graduate Centre, 2004).

Kalau sebelumnya, orientalis menggunakan ‘kekuatan ilmiah’nya untuk menyerang Islam atau pura-pura simpati dengan menulis sosiopolitik Islam menurut kerangka ilmiah yang objektif, kini, Islam diserang dari dalam oleh penganut Islam sendiri. Awalnya mereka berusaha memecahkan ‘kerangka berfikir’ umat Islam dengan mempersoalkan nilai-nilai tradisi, kaedah belajar dan mengajar hinggalah serangan berbentuk falsafah (pemikiran).

Sampai kini masih kedengaran dakwaan bahawa ‘kemenangan as-Sy’ariyyah telah menyebabkan pemikiran umat Islam terkongkong kerana tidak membuka pemikiran terhadap pandangan dan pendapat yang berbeza. Hal ini dapat kita fahami, sehingga rangka pemikiran al-Ghazali bukan sahaja diserang, dasar ilmiahnya ditolak disebabkan sikap dan pendirian terhadap rumusan falsafah.

Al-Ghazali tidak menolak falsafah, tetapi apa yang ditolak ialah hal-hal yang diperkatakan oleh ahli falsafah mengenai kedudukan Tuhan dan Dzatnya, Al-Ghazali tidak menolak penggunaan metod falsafah dalam penulisannya, termasuk pendekatan lojik apabila menjelaskan mengenai pandangan dan kritikannya. Namun, disebabkan penolakan terhadap 20 perkara yang dibincangkan dalam Tahafut al-Falasifah, al-Ghazali dituduh menolak falsafah.

Penolakan falsafah itu menyebabkan Hamka sendiri cukup kesal sehingga menulis: lebih kurang 700 tahun terbenam kepada taklik buta, kerana hanya berpedoman kepada pendirian al-Ghazali tentang falsafah. (Hamka, Falsafah Hidup, edisi lengkap, Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., 19995, hal.12).

Lebih dahsyat lagi apabila buku tulisan Robert R Reily diterjemahkan di bahasa Melayu oleh Islamic Renainsanse Front (IRF) diterbitkan Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslim, yang membawa maksud akibat kejayaan aliran Asy-Asy’ariyyah menjadikan umat Islam dilanda kemunduran, termasuk kemunduran berfikir akibat sikap jumud.

Robert R Reily, turut menyalahkan Imam al-Ghazali dengan menulis sebuah bab berjudul “Kemenangan yang Malang al-Ghazali dan Penyah-Yunanian Islam”. Hal ini dibuat kerana kritikan pedas al-Ghazali terhadap pandangan ahli falsafah sebagaimana terkandung dalam salah sebuah karyanya yang cukup banyak dikritik, Tahafut al-Falasifah.

Robert N Neily mengutip pendapat Seyyed Hossein Nasr, seorang ilmuan Islam keturunan Iran yang cukup disanjungi di dunia barat dan cendekiawan Islam ‘moden’. Seyyed Hossein pernah mengkritik pandangan al-Ghazali itu sebagai “telah mematahkan tulang belakang falsafah rasional dan bahkan telah mematikan karier falsafah…berakhir di bahagian Arab dalam dunia Islam.

Selain pendapat tersebut, Robert R Reily turut mengambil pandangan Fazlur Rahman, seorang cendekiawan muslim keturunan Pakistan yang banyak menghabiskan dunia ilmiahnya di Eropah (khususnya di England), yang kemudian pernah diminta untuk menjadi pemikir dalam kerajaan Islam Pakistan” Setelah gagal memuaskan tuntutan-tuntutan otordoks (falsafah) telah dinafikan peluangnya untuk hidup.” (Robert R Reilly, Tertutupnya Pemikiran Kaum Muslimin, terjemahan oleh Shuhaib ar-Rumy Ismail, Kuala Lumpur: Islamic Renainsance Front, 2017, hal.165)

Untuk pengetahuan pembaca, IRF juga merupakan kepada penganjur kepada sebuah wacana Islam yang membawa masuk seorang pemikir Islam dari Indonesia yang berkerjaya di Amerika Syarikat (Universiti Norte Dame). Dalam wacana tersebut (20 Ogos 2017), beliau menggesa agar al-Qur’an digantikan kerana ia tidak lagi relevan.

Alasannya ialah al-Qur’an turun pada masa Mesopotamia, yang kemudiannya menyebabkan Dr Munim Sirri tidak lagi dibenarkan memasuki negara ini. Kenyataan tersebut cukup ‘menghina dan bercanggah’ kerana al-Qur’an adalah kitab suci umat Islam yang sangat dipertahankan keasliannya,

Cuma yang diperlukan ialah mentafsirkannya berdasarkan persekitan masyarakat, terutama dalam bab-bab yang tidak dijelaskan dengan tepat. Ini kerana al-Qur’an turut memberikan ruang kepada setiap penganutnya untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa, tetapi dalam perihal hukum-hukum yang sudah jelas dan peristiwa sejarah yang penuh dengan pengajaran.

Sebab itu ramai ilmuan Islam berusaha memberikan tafsiran baharu terhadap makna al- Qur’an terutama dalam hal-hal membabitkan urusan hidup manusia.

Antara pentafsir-pentafsir yang membawa makna penyesuaian dan kajian makan terhadap sesuatu frasa ‘terbuka’ yang saling melengkapkan ialah Hamka, 1908-1981 (Tafsir Azhar), Syed Qutub, 1906-1966 (Fi Zalil al-Qur’an), M Quraisy Shihab (Tafsir Misbhah), Maulana Yusuf Ali (The Glarious of Al-Qur’an), selain tokoh-tokoh ulama silam seperti Tafsir Ibnu Katsir (Imadudin Abu Fida’ Ismail bin Amr bin Katsir al-Qursy, 701-774H/), Tafsir al- Tabari (Muhammad Jarir bin at-Tabhari, 839-923), Tafsir al-Qurtubhi (Abu Abdillah bin Ahmad al-Qurthuby, 1214-1273), dan Tafsir al-Jalalain (Jalaludin al-Mahari, 1389-1460).

Belum hadir sebuah tafsiran hebat dalam kalangan ulama-ulama Melayu, Malaysia walaupun ada beberapa percubaan telah dilakukan seperti dilakukan oleh mantan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat (1931-2015). Karya terjemahannya, belum lengkap 30 juzuk sejak ia mula diterbitkan pada tahun 1990-an. Ia disalin daripada kuliah-kuliah yang disampaikan dalam pelbagai majlis, termasuk kelas-kelas agama yang diadakan di pejabat parti PAS di Kota Bahru setiap pagi Jumaat.

Pernah ada terjemahan al-Qur’an lengkap berbahasa Melayu diterbitkan, iaitu hasil kuliah radio yang disampaikan oleh Ahmad Sunhaji Mohamad (1922-2010) oleh Pustaka Salam pada tahun 1983 (dicetak semula 2011) dalam tiga puluh jilid (lengkap 30 juzuk).Ia berdasarkan kuliahnya menerusi Radio Singapura selama tiga tahun (1974-1977). Juga pernah diterbitkan dalam edisi bahasa Inggeris (1977).

Sehingga kini, seorang ulama besar akan diberikan pengiktirafan sedemikian apabila dirinya berjaya menterjemah, mentafsir al-Qur’an untuk membina kekuatan pemikiran umat Islam, bukannya seorang ulama yang hanya mampu memetik beberapa ayat yang disukainya, termasuk untuk menegaskan pendirian politik atau peribadinya.

Misalnya, mengenai pengertian sepotong ayat yang cukup menimbulkan kontroversi dan popular berhubung dengan kenyataan “tiada paksaan beragama” yang merujuk kepada peristiwa sejarah mengenai pilihan masyarakat jahiliyah terhadap Islam.

Ungkapan itu tidak terpakai bagi penganut Islam kerana, setelah menerima Islam, setiap pemeluknya diwajibkan mematuhi setiap rukun iman yang membentuk akidah Islam. Mereka (penganut Islam) yang terkeluar daripada dikenali sebagai murtad, dan digolongkan sebagai kafir. Ada ulama yang menjatuhkan ‘hukuman bunuh’ kepada mereka yang mendakwa dan menghina Islam, termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri yang menghina Islam, Nabi Muhamad SAW dan al-Qur’an.

Jadi, tidak hairanlah dalam satu kelip video yang disiarkan dan menjadi tular sejak 16 Julai 2022, mendapat reaksi ‘hukuman bunuh’ ke atas seorang lelaki Islam bernama Mohd Nor Muzil Mohd Razalli, yang dikenali dengan gelaran Munji Juling, 39 tahun apabila mengecam Nabi Muhammad SAW sebagai “kambing babi”, Allah SWT digelar “babi” dan Islam itu “celaka sial”.

Ustaz Azhar Idrus dalam memberikan reaksi terhadap perlakuan tersebut mengesahkan, seseorang yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW ‘dihukum bunuh’. Lelaki tersebut yang beralamat di Pinggiran Putera, Sri Kembangan Selangor kemudiannya berjaya dikesan oleh orang ramai, di mana ada yang mendekati dan menghukumnya dengan menumbuk mukanya.

Lelaki itu kemudiannya berjaya ditahan di rumahnya di Bukit Kuchai, Puchong oleh polis (17 Julai 2022) untuk disiasat berdasarkan Akta Kanun Kesiksaan (Seksyen 298A) dan Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Seksyen 233). BERSAMBUNG.

MONOSIN SOBRI

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com