HASN BERJEREBU: ADAKAH KITA BENAR-BENAR PEDULI ALAM SEKITAR?

Author: Prof. Dr. Ahmad Ismail

TANGGAL 21 Oktober sepatutnya menjadi hari yang bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Hari Alam Sekitar Negara (HASN) diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang. Namun tahun ini, sambutan tersebut seolah-olah diselubungi satu simbolisme yang sukar untuk diabaikan, iaitu jerebu.

Ketika ucapan, seminar dan program berkaitan alam sekitar berlangsung, sebahagian rakyat masih melihat langit yang kabur dan menyedut udara yang kurang berkualiti. Seolah-olah alam sedang menghantar satu mesej yang lebih kuat daripada semua slogan dan sepanduk yang dipamerkan.

Persoalan yang wajar ditanya bukanlah sekadar mempunyai cukup kempen tentang alam sekitar, tetapi adakah kempen yang dijalankan selama ini benar-benar berjaya mengubah cara kita berfikir dan bertindak?

Masyarakat bercakap mengenai pencemaran sungai, timbunan sampah, penggunaan plastik sekali guna, kemerosotan kepelbagaian biologi dan perubahan iklim. Ramai juga menganjurkan pelbagai program kesedaran hampir setiap tahun. Namun masalah yang sama terus berulang. Malah, ada yang semakin membimbangkan.

Mungkin sudah tiba masanya kita mengakui bahawa cabaran terbesar bukanlah kekurangan maklumat tetapi kekurangan perubahan sikap dan siapa peduli.

Ramai yang tahu bahawa membuang sampah merata-rata adalah salah. Ramai yang tahu plastik mencemarkan alam sekitar. Ramai juga yang tahu bahawa pembaziran makanan memberikan kesan kepada alam sekitar. Namun pengetahuan sahaja tidak cukup untuk mengubah tingkah laku.

Perubahan akan berlaku apabila seseorang merasakan bahawa alam sekitar adalah sebahagian daripada dirinya dan bukan sesuatu yang berada di luar kehidupannya.

Hakikatnya, manusia tidak boleh dipisahkan daripada alam. Udara yang kita sedut, air yang kita minum dan makanan yang kita makan semuanya datang daripada alam sekitar yang sihat. Apabila sungai tercemar, manusia menerima kesannya. Apabila udara tercemar, manusia juga yang menanggung akibatnya. Apabila ekosistem rosak, kesejahteraan hidup manusia turut terganggu.

Inilah yang dimaksudkan dengan konsep planetary health, iaitu kesihatan manusia bergantung kepada kesihatan planet yang menjadi tempat tinggal kita bersama.

Sayangnya, alam sekitar masih dilihat sebagai isu sampingan dan bukannya asas kepada kehidupan. Kita lebih cenderung bertindak apabila berlaku bencana, banjir atau jerebu yang ketara. Selepas keadaan reda, perhatian kita juga semakin pudar.

Ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan, pihak berkuasa tempatan atau pertubuhan bukan kerajaan. Ia adalah tanggungjawab setiap individu. Setiap botol plastik yang tidak digunakan, setiap makanan yang tidak dibazirkan dan setiap bahan yang dikitar semula merupakan sumbangan kecil yang memberi kesan besar kepada alam sekitar.

Lebih penting lagi, pendidikan alam sekitar perlu diberi nafas baharu. Sekolah dan universiti mesti menjadi model kepada masyarakat. Pelajar perlu didedahkan kepada pengalaman sebenar mengurus sisa, mengitar semula bahan terpakai, menghasilkan kompos daripada sisa makanan dan melaksanakan projek pemuliharaan alam sekitar.

Pendidikan tidak sepatutnya berhenti di dalam bilik darjah. Pendidikan yang berkesan ialah pendidikan yang dapat membentuk amalan dan budaya hidup. Guru membawa mereka menanam pokok dan bukan hanya bercakap tentang kepentingan pokok di hadapan kelas.

Sempena Hari Alam Sekitar Negara ini, masyarakat perlu menilai perubahan yang berlaku hasil daripada pelbagai kempen yang dijalankan selama ini dan adakah alam sekitar semakin baik atau sekadar kesedaran yang meningkat tanpa tindakan yang seiring dengannya.

Jerebu yang mengiringi sambutan HASN seharusnya menjadi peringatan bahawa alam tidak memerlukan lebih banyak slogan. Alam memerlukan lebih banyak tindakan.

Generasi akan datang tidak memerlukan ucapan yang panjang tentang kepentingan alam sekitar. Mereka memerlukan sungai yang bersih untuk diwarisi, udara yang segar untuk dihirup dan alam semula jadi yang masih mampu memberikan kehidupan.

Oleh itu, jika sambutan HASN tahun ini dianggap berjerebu, biarlah jerebu itu menjadi cermin kepada realiti yang perlu kita hadapi. Mungkin sudah tiba masanya kita mengurangkan bercakap tentang alam sekitar dan mula menunjukkan bahawa kita benar-benar peduli mengenainya melalui tindakan yang konsisten setiap hari dan bukannya bermusim.

Penulis adalah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM), Mantan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Mantan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Mantan Profesor UPM, yang aktif mengkaji alam dan kehidupannya

Sumber: bebasnews.my

  1. Comments (0)

  2. Add yours
There are no comments posted here yet

Leave your comments

  1. Posting comment as a guest. Sign up or login to your account.
Attachments (0 / 3)
Share Your Location

title 01

  • 2 Silaturrahim
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 1.0
  • 2.0
  • 3.0
  • 4.0
  • 5.0
  • 6.0

Subscribe

Dhomir TV


vid

Facebook

Dhomir


Baca topik

Terkini


Aktiviti

Dhomir


IMG-20220429-WA0022
IMG-20220429-WA0013
IMG-20220429-WA0014
IMG-20220429-WA0015
IMG-20220429-WA0016
IMG-20220429-WA0017
IMG-20220429-WA0018
IMG-20220429-WA0019
IMG-20220429-WA0020
IMG-20220429-WA0021
IMG-20220429-WA0010
IMG-20220429-WA0023
IMG-20220429-WA0024
IMG-20220429-WA0012
IMG-20220429-WA0011
IMG 20210602 085142
IMG 20210605 174636
IMG 20210605 181937
IMG 20210606 104939
IMG 20210606 105238
IMG 20210606 105529
IMG 20210606 111355
IMG 20210606 112729
IMG 20210607 084409
IMG 20210607 084823
IMG 20210608 101105
IMG 20210608 102528
IMG 20210608 110816
IMG 20210608 111235
IMG 20210612 185158
IMG 20210612 190017
IMG 20210626 123909
IMG 20210720 094416
IMG 20210720 095549
IMG-20200609-WA0026
IMG-20210211-WA0019
IMG-20210504-WA0042
IMG-20210605-WA0028
IMG-20210605-WA0030
IMG-20210605-WA0032
IMG-20210605-WA0033
IMG-20210610-WA0040
IMG-20210719-WA0028
IMG-20210719-WA0031
TEMPAT NYAMAN TAMAN BACAAN MASA DEPAN ANDA-JOM KITA MENULIS!!! dhomir.com ingin mengajak dan memberi ruang kepada para penulis khususnya penulisan yang berkaitan dgn agama Islam secara mendalam dan sistematik.Jika anda ingin mencurahkan isi hati mahupun pandangan secara peribadi dhomir.com adalah tempat yang paling sesuai utk melontarkan idea. Dengan platform yang sederhana, siapa sahaja boleh menulis, memberi respon berkaitan isu-isu semasa dan berinteraksi secara mudah.Anda boleh terus menghantar sebarang artikel kepada alamat email:dhomir2021@gmail.com.Sebarang pertanyaan berkaitan perkara diatas boleh di hubungi no tel-019-3222177-Editor dhomir. com